KERTAS KONSEP
PIDATO PRA U SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Pidato merupakan satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara
berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk
nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan
untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada
kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara
yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak
seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru,
pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak
terus lenyap ditelan zaman. Kematangan pemikiran dan melontarkan idea dapat
dicungkil melalui aktiviti berpidato.
2.0
OBJEKTIF PERTANDINGAN
2.1
Membina keyakinan diri dan
mampu berucap di khalayak.
2.2
Meluaskan pengetahuan am dan
isu-isu semasa dalam dan luar negara.
2.3
Memantapkan kemahiran
komunikasi dan Bahasa Melayu standard.
2.4
Memupuk semangat patriotisme
dan jati diri.
2.5
Menjana daya saing secara
positif.
3.0 PESERTA
3.1 Pertandingan ini dibuka kepada
murid-murid Tingkatan Enam bawah dan atas,
Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Agama
Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan .
3.2
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua bahagian seperti
berikut:
Bahagian A : Pidato persediaan awal
Bahagian B : Pidato
secara spontan
4.0 Peringkat
Pertandingan
Pertandingan
ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-
4.1
Peringkat
Daerah
4.1.1 Semua
Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian diminta mengendalikan pertandingan di
peringkat ini.
4.1.2 Seorang
peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke pertandingan di
peringkat negeri.
4.2
Peringkat
Negeri
4.2.1 Pertandingan
di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
4.2.2 Satu
jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.
4.2.3 Seorang
peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke pertandingan peringkat
kebangsaan.
4.2.4 Jawatankuasa
pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat
pertandingan dan seterusnya memaklumkannya kepada urus setia di peringkat
kebangsaan.
4.3
Peringkat Kebangsaan
4.3.1 Pertandingan
di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
4.3.2 Seorang peserta
dari setiap negeri akan mewakili negeri masing-masing ke pertandingan peringkat
kebangsaan.
4.3.3 Setiap
peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing dan seorang pegawai
pengiring.
5.0 FORMAT PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan dalam dua
bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut.
Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini
dijalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua peserta sebelum pertandingan
dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN
memperkenalkan diri ,sekolah dan negeri masing-masing.
5.1
Bahagian
Pertama
Peserta akan
menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh
jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.
5.2
Bahagian
Kedua
Peserta akan dijemput
untuk menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang
ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di
dalam sampul yang disediakan di meja urus setia. Pertandingan pidato secara
spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian
pertama. Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat
persediaan di meja urus setia tanpa dibantu oleh mana-mana pihak. Kertas
catatan dan alat tulis disediakan oleh urus setia. Selepas satu minit masa
persediaan, peserta diminta menyampaikan pidato secara spontan
5.3
Syarat-syarat Pertandingan
5.3.1 Peserta
diberi masa selama LAPAN (8 minit )untuk berpidato Bahagian
Pertama, dan LIMA (5 minit) untuk berpidato Bahagian
Kedua.
5.3.2 Loceng
akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat dan dua kali setelah tamat
bagi setiap bahagian pertandingan.
5.3.3 Penyampaian
pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan
tidak akan diberikan markah.
5.3.4 Peserta
pidato spontan tidak dibenarkan membawa alat tulis,kertas catatan, alat
komunikasi dan alat elektronik.
5.3.5 Sebarang
kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan
kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini
akan menyebabkan markah adab dipotong.
5.3.6 Penggunaan
bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan
menyebabkan markah adab dipotong.
5.3.7 Peserta
yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang
kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/
mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk dipilih sebagai pemenang di semua
kategori dan peringkat pertandingan.
5.3.8 Peserta
pidato diwajibkan menggunakan seragam sekolah atau pakaian kebangsaan.
5.3.9 Pengerusi
majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.
5.4 Pemilihan Tajuk
5.4.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri
Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk pidato
bahagian pertama dan kedua berdasarkan isu-isu semasa yang
tersiar dalam media massa / isu patriotik / isu-isu
dunia terkini. Isu-isu ini termasuk politik, ekonomi, kebudayaan, jenayah,
bencana alam, gempa bumi, pencemaran
alam dan sebagainya.
5.4.2 Peringkat
Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan
5.4.2.1
Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini
disediakan oleh jawatankuasa pertandingan peringkat kebangsaan.
5.4.2.2
Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada
peserta negeri sebaik sahaja semua keputusan peringkat negeri diterima oleh
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.
5.4.2.3
Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan
secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
5.4.2.4
Enam belas peserta setiap negeri peringkat separuh akhir
Kebangsaan di bahagi kepada dua kumpulan. Tiga peserta terbaik setiap kumpulan
dipilih untuk ke Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan.
5.5
Peraturan
Pemarkahan
5.5.1 Pembahagian
Markah Pidato Bahagian Pertama
5.5.1.1 Idea / Isi
( 50 markah )
Peserta
pidato akan diadili dari segi pengutaraan empat idea/ isi. Isi/idea hendaklah menunjukkan
kematangan dan bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik
sebagai peneguh huraiannya.
Panduan Pemarkahan
Idea/isi tepat – 2 markah
Kematangan idea/isi – 2 markah
Huraian – 5 markah
Data / contoh – 2 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea
ialah 11 markah (11m x 4 = 44
markah +
6 markah takrifan tajuk = 50 markah).
5.5.1.2
Bahasa ( 20 markah )
Peserta
pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan),
gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
5.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )
Peserta
pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada,
meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Peserta WAJIB memberi salam dan kata-kata aluan
sebelum memulakan pidato.Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif/ menunjukkan pelakuan / tutur kata yang kurang sopan.
5.5.2 Pembahagian
Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)
5.5.2.1 Isi ( 40 markah )
Peserta
pidato akan diadili dari segi pengutaraan
dua idea / isi. Idea / isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan
jelas.
Panduan
Pemarkahan
Idea /
isi – 5 markah
Huraian –
10 markah
Data /
contoh – 4 markah
Markah
penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah
(19m x 2
= 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).
5.5.2.2 Bahasa ( 30 markah )
Peserta
pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan),
gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
5.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan
( 30 markah )
Peserta
pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada,
meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Lima markah maksimum
akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/ menunjukkan pelakuan / tutur
kata yang kurang sopan.
5.6
Panduan Kepada Panel Hakim
5.6.1 Peserta
pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi / idea, bahasa dan
persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi / tepuk
sorak penyokong.
5.6.2 Panel
hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang membaca nota/ teks,
menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya)
sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.
5.6.3 Panel
hakim perlu membuat keputusan menggunakan SISTEM
JURI.
5.6.4 Keputusan
panel hakim adalah muktamad.
6.0 Tarikh
Pertandingan
6.1
Peringkat Daerah :
6.2
Peringkat Negeri :
6.3
Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan :
Tempat :
6.4
Peringkat Akhir Kebangsaan :
Tempat :
7.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan
Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua
Jabatan Pelajaran Negeri.
8.0 AM
Sebarang
pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian
Pelajaran Malaysia
No comments:
Post a Comment